| 1. | Semua kemudahan Dewan Prima LJT sedia diguna pakai oleh para pelanggan. |
| 2. | Semua meja telah direka khas bersesuaian dengan had yang telah ditetapkan. Oleh itu, para pelanggan dan jemputan dilarang sama-sekali untuk duduk/berdiri di atas meja. |
| 3. | Setiap pengunaan alatan dan pekakasan yang berasaskan air dan api adalah sama sekali dilarang melainkan telah mendapat persetujuan dan kebenaran daripada pihak Permata Wajar Sdn Bhd. |
| 4. | Makanan yang dibawa dari luar, haiwan peliharaan dan mana-mana yang berkaitan adalah dilarang sama sekali untuk dibawa masuk ke dalam Dewan Prima LJT. |
| 5. | Merokok dan minuman yang berasaskan alkohol juga dilarang sama sekali sewaktu berada di dalam Dewan Prima LJT. |
| 6. | Yuran Keselamatan akan dipulangkan sepenuhnya setelah tamatnya majlis. |
| 7. | Sebarang kerosakkan atau kemusnahan yang berlaku semasa majlis berjalan adalah di bawah tanggungjawab para pelanggan itu sendiri. |
| 8. | Sekiranya terdapat sebarang kerosakkan dan atau kemusnahan pada alatan dan perkakasan Dewan Prima LJT sewaktu majlis berlangsung, Yuran Keselamatan akan ditolak sebagai ganti rugi. |
| 9. | Permata Wajar Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas kerosakkan harta benda atau kecederaan yang berlaku hasil dari kecuaian pihak pelanggan dan atau jemputan itu sendiri |
| 10. | Sekiranya pelanggan tidak mematuhi syarat yang ditetapkan, Permata Wajar Sdn Bhd. Berhak mengambil tindakan yg sewajarnya dan mengenakan caj tambahan sebagai ganti rugi. |
| 11. | Segala kerja-kerja pembersihan dewan adalah di bawah kelolaan Permata Wajar Sdn Bhd.. Walaubagaimana pun, pihak pelanggan dan atau tetamu turut sama bertanggungjawab untuk memastikan kebersihan dewan. Sekiranya kerja-kerja pembersihan yang diperlukan adalah melebihi daripada skop kerja biasa, Permata Wajar Sdn Bhd berhak mengenakan caj tambahan. |
| 12. | Apa-apa penggunaan hiasan yang melibatkan dekorasi dewan adalah dilarang sama sekali. |
| 13. | Hiasan pada dinding dewan tidak dibenarkan jika terdapat sebarang kerosakan yang disebabkan oleh para pelanggan dan atau jemputan caj kerosakkan akan dikenakan. |
| 14. | Deposit tempahan sebanyak RM 5000 akan dikenakan sebagai pengesahan tempahan dewan. |
| 15. | Bayaran sebanyak 50% dari baki pakej yang dipilih perlu dijelaskan dalam tempoh 2 bulan dari tarikh majlis. |
| 16. | Bayaran penuh perlu dibayar dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh majlis, termasuk Yuran Keselamatan (RM1,000) yang mana akan dipulangkan semula kepada pihak pelanggan, melainkan jika terdapat sebarang kerosakkan atau kemusnahan pada alatan dan perkakasan Dewan Prima LJT. |
| 17. | Jika pembatalan tempahan dibuat dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh majlis. Deposit tempahan tidak akan dipulangkan semula kepada pihak pelanggan |
| 18. | Jika pembatalan tempahan dibuat, sebelum tempoh Enam (6) bulan dari tarikh majlis, hanya 50% deposit tempahan akan dipulangkan semula kepada pihak pelanggan. |
| 19 | Deposit tempahan tidak boleh dipindah milik. |
| 20. | Sebarang perubahan hendaklah dimaklumkan kepada pihak Permata Wajar Sdn Bhd., Enam (6) bulan sebelum tarikh majlis berlangsung. Walau bagaimanapun, penggunaan dewan pada tarikh yang baru akan dirujuk semula pada kekosongan dan kesesuaian waktu tersebut. |
| 21. | Hanya Satu (1) kali sahaja perubahan yang boleh dibuat pada sesuatu majlis. |
| 22. | Permata Wajar Sdn Bhd berhak, dan akan mempertimbangkan caj yang bersesuaian jika terdapat pembatalan yang disebabkan oleh kematian atau sebab sebab yang lain. |
| 23. | Tempat untuk meletakkan kenderaan ada disediakan. Walaubagaimanapun,pihak Permata Wajar Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab sama sekali keatas kerosakkan dan kehilangan barang berharga yang ditinggalkan oleh para pelanggan dan atau jemputan. |
| 24. | Sebarang bentuk pakej hiburan luar yang diuruskan oleh para pelanggan dan atau jemputan (seperti artis jemputan, alat muzik) hendaklah dipersetujui oleh Permata Wajar Sdn Bhd. Pelanggan akan bertanggungjawab keatas apa-apa caj yang dikenakan seperti pembayaran cukai, hak milik, kelulusan dari pihak berwajib (permohonan) dan seharusnya tidak melibatkan Permata Wajar Sdn Bhd dari segala tindakan yang berkemungkinan hasil dari perkara diatas. |
| 25. | Penggunaan Dewan bagi setiap majlis adalah dihadkan kepada lima (5) jam.Jika terdapat lebihan masa pihak Permata Wajar berhak untuk mengenakan caj lebihan . |
| 26. | Permata Wajar Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab diatas kemusnahan dan apa juga bentuk kemalangan yang diakibatkan oleh pihak pelanggan dan atau jemputan itu sendiri. |
| 27. | Sebarang perubahan harga pakej iaitu katering, dekorasi, sewaan dewan dan peralatan dan mana-mana yang berkaitan adalah tertakluk kepada perubahan harga pasaran semasa. |