Pengenalan
PERMATA WAJAR SDN. BHD. (PWSB) adalah sebuah syarikat milik penuh bumiputera yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 yang mengendalikan pengurusan majlis perunding perkahwinan dan katering. Ditubuhkan atas dasar minat yang mendalam dalam dunia masakan, PWSB sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik untuk memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan.
Bermula dari menyediakan makanan untuk pelbagai majlis, ini memberikan idea dan peluang untuk mengembangkan perniagaannya dari menguruskan majlis kenduri sehinggalah ke majlis-majlis korporat.
Berpengalaman juga dalam menganjurkan pelbagai majlis, pada tahun 2009,secara rasminya PWSB di lantik menguruskan dewan di bangunan WISMA LJT yang diberi nama DEWAN PRIMA LJT. Dewan ini mempunyai keluasan 9,415kaki persegi dan mempunyai kemudahan setaraf “ballroom” hotel lima bintang. Dewan ini diuruskan khas untuk majlis perkahwinan dan ini juga membuka satu lagi peluang untuk PWSB menambah perkhidmatannya iaitu perunding perkahwinan.
Servis
PRIMA CATERING yang dimiliki penuh oleh Permata Wajar Sdn Bhd (PWSB). Bermula dari menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan,kini PRIMA CATERING berdiri teguh dengan menyajikan makanan untuk majlis-majlis korporat.
PRIMA CATERING menyajikan makanan yang lazat dan berkhasiat yang menjadi santapan kepada para pelanggannya. Ia mempunyai tenaga kerja yang berpengalaman dari hal masakan bagi memastikan setiap hidangan yang dimasak menepati citarasa para pelanggannya. Pelbagai masakan disediakan oleh PRIMA CATERING mengikut kehendak pelanggan.
PRIMA CATERING juga menyediakan perkhidmatan sewaan kanopi, peralatan katering, sistem audio, meja & kerusi dan pelbagai lagi barangan yang berkaitan dengan majlis yang akan di jalankan. Selain itu, perancang majlis dan perkahwinan juga disediakan sekiranya perlu untuk majlis-majlis tertentu dan boleh menguruskan lokasi majlis perkahwinan yang dikehendaki oleh pelanggan bukan sahaja diluar atau dirumah malah di dewan juga.
PERMATA WAJAR SDN. BHD. (PWSB) adalah penggerak bagi segala pengurusan berkenaan dengan majlis-majlis rasmi dan sebagainya. Konsep yang dibawa oleh PWSB dapat mengubah segala impian yang diinginkan menjadi kenyataan. Dalam masa yang sama, konsep ‘HEART to HEART’ merapatkan lagi hubungan antara pelanggan dan syarikat kami.
Panel